Fail laporan hilang S. Manikavasagam

Pada 22 Jun 2009, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull menuntut Manikavasagam serta penulis berita akhbar berbahasa Inggeris itu untuk memohon maaf. Kononnya fail laporan mengenai penyalahgunaan kuasa dalam pembahagian tanah pemilikan revolusi hijau di Kampung Perepat Kapar, Selangor hilang.[2]

'Rasuah' Kumpulan Semesta Sdn Bhd

S Manikavasagam mendakwa memiliki maklumat tentang Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) berhubung kontrak mengorek dan jual pasir di Selangor. Tetapi apabila pegawai SPRM ke pejabatnya di Kapar, beliau enggan bekerjasama dengan alasan SPRM ada rekod lampau. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa beliau buat laporan polis supaya tiga pegawai atasan yang dimaksudkan dapat diambil tindakan. Beliau jangan bimbang kerana kerajaan negeri Selangor akan memberi bantuan guaman akan diberikan kepada Manikavasagam.[3] Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada 12 Mei. Pengarah Eksekutif KSSB Ramli Abd Majed menafikan tuduhan itu dan akan memfailkan saman fitnah.[4]